Selasa, 14 Februari 2023

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

 

Ya Allah Ya Karim Ya Wadud

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam  Majlis Anugerah Kecemerlangan  peringkat Sekolah Kebangsaan Panggong

 

Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid

Kami memohon kepada-Mu , agar engkau memberkati majlis ini, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu.

 

Kami juga mendahkan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau kekalkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

 

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,

 Jadikanlah murid-murid yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai Insan  yang bersyukur atas penganugerahan ini. Kau jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur.

 Semoga majlis anugerah ini akan menjadi pemangkin dan sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka turut sama mengerahkan keringat dan menggemblengkan tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.

 اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ تلْقَاكَ فِيْهِ

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ




Comments
0 Comments

Komen Dan Cadangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP