Ahad, 4 Februari 2018

DOA PELANTIKAN PENGAWAS

ASSALAMUALAIKUM...



 DOA RINGKAS SEMPENA PELANTIKAN PENGAWAS 2018

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
لحمد لله ربّ العالمين، الّذي أحصى كلّ شيء عددًا، وجعل لكلّ شيء أمداً، ولا يُشرك في حُكمهِ أحداً، وخلق الجِن وجعلهم طرائِق قِددا. والصلاة والسلام على رسوله الأمين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم.
Kami amat bersyukur kepada-Mu wahai tuhan kami kerana engkau  telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Pelantikan pengawas-pengawas sekolah, pembimbing rakan sebaya serta ketua dan penolong ketua darjah bagi tahun 2018 pada hari ini.
Ya Allah , Ya Hafiizu , Ya Syaafi ,
Jadikanlah Badan Pengawas dan barisan pemimpin murid sekolah ini sebagai medan untuk kami menyemarakkan perpaduan nasional  di kalangan kami, juga untuk bertukar-tukar pendapat serta menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami .
Ya Allah , Ya Faliqal Habbi wan nawa ,
Berkatilah segala usaha kami, mudah-mudahan , barisan pengawas  sekolah ini akan menjadi pengawas yang bertanggungjawab ,ber keyakinan diri yang tinggi , memiliki ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah yang tercinta ini seterusnya akan  menjadi pegawas yang cemerlang, terbilang , pengawas yang disegani dan dihormati.
Ya ‘Azizi Ya Latif , Ya Kaafi ,
Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan, hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ اجتماعناا هَذَا اجتماْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

 

Comments
0 Comments

Komen Dan Cadangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP