Selasa, 1 Februari 2022

 

DOA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN KONVOKESYEN PRA SK PANGGONG

بسم الله الر حمن الر حيم

الحمد لله رب العالمين  

والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى اله و صحبه اجمعين

.يا الله

َللَّهُمَّ يَا مُجِيْبَ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيَ الْحَاجَاتِ

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam Majlis Apresiasi Prasekolah peringkat SK Panggong.

يا الله

Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan BERKAT-Mu.

يا الله

Pada saat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kejayaan yang sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

يا الله

Jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur atas kurniaanmu .

jadikanlah kami orang-orang yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi dalam bidang akademik mahupun ketrampilan peribadi yang luhur.

Malah kami juga memohon pada-Mu Ya Allah dengan penuh pengharapan  agar majlis ini menjadi sumber inspirasi kepada murid-murid  lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam kehidupan mereka.

 

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

 

Comments
0 Comments

Komen Dan Cadangan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP