LARIAN MERENTAS DESA 2011
Pada 5 Mac 2011 SK Panggong telah mengadakan larian merentas desa melibatkan semua murid termasuk murid PRA sekolah. Trek larian pada tahun ini ialah sekitar kg. Panggong, Kg. Batu Sebutir dan Kg. Gong Serai iaitu sejauh kira-kira 4.5 kilometer bagi murid tahap dua dan 2.5 kilometer bagi murid tahap 1. Acara tahunan ini dimulakan pada jam 9 pagi dan berakhir dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang yang disempurnakan oleh para pentadbir sekolah. Pelbagai hadiah ditawarkan kepada peserta yang memenangi kejohanan tersebut mengikut kategori-kategori tertentu. Pasukan yang mendapat tempat pertama diberikan piala pusingan dan hamper manakala pasukan lain mendapat hamper berupa makanan dan minuman sahaja. Sesungguhnya kejohanan ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama yang padu di antara guru-guru yang terlibat dan juga pihak jpa yang sudi datang memberikan bantuan kecemasan. Ribuan terima kasih kepada semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan acara yang berprestij ini.